Kajian Ke Atas Sifat Singas Yang Terhasil Dari Biojisim Terhangus Menggunakan Penggas Tiup Turun

Investigation on The Properties of Syngas Produced from Torrefied Biomass Using Downdraft Gasifier

Authors

  • Nor Afzanizam Samiran Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia
  • Mohammad Nazri Mohd Jaafar Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia
  • Cheng Tung Chong China-UK Low Carbon College, Shanghai Jiao Tong University, China
  • Muhammad Roslan Rahim Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia
  • Mazlan Said Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia
  • Mohd Kamal Ariffin Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

penggas tiup turun, tempurung kernal sawit, tandan buah kosong, perikarp biji getah, nilai pemanasan yang rendah, downdraft gasifier, palm kernels, empty fruit bunches, rubber seed pericarps, low heat values

Abstract

Penggas tiup turun merupakan salah satu teknik penggasan yang berpotensi menghasilkan gas yang berupaya menjana kuasa mekanikal dan elektrik. Bahan yang digunakan untuk tujuan penggasan ini datangnya dari biojisim dengan kos yang berpatutan kerana sistem yang digunakan adalah sesuai untuk aplikasi skala kecil. Ciri unik penghasilan tar rendah dalam gas yang dihasilkan oleh penggas tiup turun ini membolehkan penggunaannya dalam enjin atau sistem turbin gas tanpa keperluan proses pembersihan utama. Untuk tujuan meningkatkan kualiti gas yang terhasil proses menghanguskan diperlukan untuk merendahkan kelembapan biojisim serta meningkatkan nilai haba. Kajian semasa menyelidik kualiti singas yang dihasilkan menggunakan penggas tiup turun. Proses penggasan ini membandingkan kualiti singas yang dihasilkan oleh beberapa bahan mentah seperti tempurung kernal sawit (PKS), tandan buah kosong (EFB) dan perikarp biji getah (RSP). Hasil kajian menunjukkan bahawa PKS dan EFB yang terhangus lebih sesuai digunakan dengan penggas tiup turun kerana kualiti singas dan nilai LHV yang diperoleh jauh lebih baik berbanding dengan menggunakan RSP terhangus.

 

Downdraft gasifier is one of the few techniques of gasification that can produce gas capable of generating mechanical and electrical power. The materials used for gasification come from biomass at a reasonable cost as the system used is ideal for small scale applications. The unique features of low tar production in gas produced by downdraft gasifier enable their use in engine and gas turbine systems without the need for major cleaning processes. For the purpose of improving the quality of the produced gas, the torrefaction process is required to lower the moisture of the biomass and increase the heating value. Current research investigates the quality of syngas produced using a downdraft gasifier. This gasification process compares the quality of syngas produced from several raw materials such as palm kernels (PKS), empty fruit bunches (EFB) and rubber seed pericarps (RSP). The results show that the torrefied PKS and EFB are more suitable for use with downdraft gasifier because the quality of the syngas and the LHV values obtained are better than those using the torrefied RSP.

Downloads

Published

2020-12-23

How to Cite

Samiran, N. A. ., Mohd Jaafar, . M. N. ., Chong, C. T. ., Rahim, M. R., Said, . M. ., & Ariffin, M. K. . (2020). Kajian Ke Atas Sifat Singas Yang Terhasil Dari Biojisim Terhangus Menggunakan Penggas Tiup Turun: Investigation on The Properties of Syngas Produced from Torrefied Biomass Using Downdraft Gasifier. Journal of Advanced Research in Fluid Mechanics and Thermal Sciences, 64(2), 264–274. Retrieved from https://www.akademiabaru.com/submit/index.php/arfmts/article/view/2764

Issue

Section

Articles

Most read articles by the same author(s)