Kesediaan Guru Arus Perdana dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Sebuah Sekolah Rendah di Daerah Kanowit

Mainstream Teachers’ Readiness for the Implementation of Inclusive Education in an Elementary School in Kanowit

Authors

  • Vestly Kong Liang Soon
  • Shannen Anak Day Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Kesediaan guru arus perdana, pengetahuan, kemahiran guru, persepsi, pendidikan inklusif, murid berkeperluan pendidikan khas

Abstract

Kesediaan guru arus perdana memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesediaan guru arus perdana dalam melaksanakan pendidikan inklusif. Kesediaan guru dilihat dalam aspek kesediaan pengetahuan, kesediaan kemahiran guru dan kesediaan persepsi guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kanowit dan seramai tiga orang guru arus perdana yang terlibat dengan pengajaran Pendidikan Inklusif terpilih sebagai sampel bagi kajian ini. Pensampelan yang digunakan merupakan pensampelan bertujuan. Temu bual dan pemerhatian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpul dapatan kajian. Temu bual yang dijalankan menggunakan temu bual separa berstruktur dan borang senarai semak digunakan semasa pemerhatian terhadap guru dijalankan di dalam kelas inklusif. Dapatan kajian dianalisis dengan berpandukan objektif kajian ini. Hasil dapatan mendapati secara keseluruhan, kesediaan guru arus perdana bagi kesediaan pengetahuan, kesediaan kemahiran guru dan kesediaan persepsi guru arus perdana dalam pelaksanaan Pendidikan Inklusif berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini telah membuktikan bahawa kesediaan guru arus perdana di sekolah tersebut berada pada tahap yang tinggi.

Downloads

Published

2024-04-25

How to Cite

Vestly Kong Liang Soon, & Shannen Anak Day. (2024). Kesediaan Guru Arus Perdana dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Sebuah Sekolah Rendah di Daerah Kanowit: Mainstream Teachers’ Readiness for the Implementation of Inclusive Education in an Elementary School in Kanowit. International Journal of Advanced Research in Future Ready Learning and Education, 34(1), 104–112. Retrieved from https://www.akademiabaru.com/submit/index.php/frle/article/view/5312
صندلی اداری سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی