Merentasi Pengajaran Tradisional: Satu Kerangka Konseptual Transformasi Pembelajaran Teradun terhadap Kemahiran Membaca Melalui Modul I-Saboba di Prasekolah

Authors

  • Arulmozhi A/p Narayanasamy
  • Anis NormaMohamad Jaafar Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Kemahiran membaca, pendidikan prasekolah, Modul I-Saboba, pembelajaran teradun, teknologi terkini

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengemukakan satu kerangka konseptual yang memperincikan transformasi pembelajaran teradun terhadap kemahiran membaca melalui penggunaan “Modul I-Saboba” yang berintegrasikan konsep belajar melalui bemain dan teknologi terkini. Pendidikan prasekolah memainkan peranan penting dalam pembangunan kemahiran asas kanak-kanak. Kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah di Malaysia terbahagi kepada empat kemahiran termasuk kemahiran membaca yang dianggap aspek penting dalam mencapai kejayaan akademik seseorang murid. Ketidakupayaan membaca merupakan antara cabaran serius dalam pendidikan dan menjadi semakin serius akibat pandemik COVID-19 yang boleh menghambat perkembangan akademik kanak-kanak. Menanggapi isu ini, penyelidikan ini menggariskan satu kerangka konseptual bagi transformasi pengajaran kemahiran membaca melalui “Modul I-Saboba”. Dengan latar belakang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kemahiran asas 4M dan penekanan yang diberikan kepada kemahiran membaca dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), serta ketiadaan modul pengajaran khusus untuk kemahiran membaca dalam pendidikan prasekolah, penyelidikan ini meneliti keperluan untuk mengubah cara pengajaran kemahiran membaca dalam pendidikan prasekolah. Penyelidikan ini menyoroti keperluan pembangunan modul pengajaran kemahiran membaca yang berkesan dalam pendidikan prasekolah. Kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam penyelidikan ini, berpandukan peringkat model ADDIE, dengan menggunakan pendekatan kuasi eksperimen untuk mencapai objektif penyelidikan. Data daripada pelbagai sumber, termasuk penyelidikan lepas dan permasalahan semasa, menyumbang kepada pembentukan kerangka konseptual yang menjadi asas kepada pembangunan “Modul I-Saboba” untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah. Secara keseluruhan, diharapkan “Modul I-Saboba” yang mengintegrasikan konsep belajar melalui bermain, dan teknologi terkini berpotensi sebagai alat pembelajaran yang mampu merentasi pengajaran tradisional dengan menekankan penguasaan kemahiran membaca murid-murid prasekolah dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Di samping itu, penyelidikan ini juga menekankan pentingnya menyediakan sumber pembelajaran yang berkualiti dan berkesan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan yang mampu bersaing di peringkat global. Diharapkan hasil penyelidikan ini dapat memberi sumbangan yang signifikan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran kemahiran membaca melalui “Modul I-Saboba” dalam pembelajaran teradun, serta merangsang minat dan potensi murid-murid prasekolah dengan cara yang lebih terstruktur dan efektif.

Downloads

Published

2024-04-30

How to Cite

Arulmozhi A/p Narayanasamy, & Anis NormaMohamad Jaafar. (2024). Merentasi Pengajaran Tradisional: Satu Kerangka Konseptual Transformasi Pembelajaran Teradun terhadap Kemahiran Membaca Melalui Modul I-Saboba di Prasekolah. International Journal of Advanced Research in Future Ready Learning and Education, 34(1), 143–160. Retrieved from https://www.akademiabaru.com/submit/index.php/frle/article/view/5314
صندلی اداری سرور مجازی ایران Decentralized Exchange

Issue

Section

Articles
فروشگاه اینترنتی